Seorang professor fisika di Amerika Serikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan sholat berjamaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik yaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktifitas harian kita sama ada bekerja, beristirahat atau rehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktifitas seharian. Oleh karena itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan sholat berjemaah, timbul persoalan di pikiran professor ini mengapa Islam mensyariatkan sholat berjamaah dan mengapa sholat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeda dalam sholat kita melakukan menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita sholat berjamaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan pada sholat berjamaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapatkan sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ini berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sehat setelah istirahat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandung cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, sholat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Sholat jamaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas Sebab itu, sholat Dhuzur didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana sholat Dzuhur, 4 rakaat sholat Ashar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktifitas yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, sholat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di pikiran professor itu tentang sholat Isya yang mengandungi 4 rakaat. Logikanya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktifitas dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah di kaji lebih lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam sholat Isya. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.
Ringkasnya, sholat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiyamul lail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapatkan bahwa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sumber: ust [ust_siber@yahoo.com]
support by:
umroh-haji.net
Just Want Say… Subhanallah.. Allahu Akbar…
Thanks for sharing. What a plesurae to read!