Sudahkah Lakukan 11 Perkara Kepada Anak-Anak Anda (2)

6. Menggalakkan Berjamaah.
Orangtua perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktivitas ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan senantiasa mendapat pertolongan Allah SWT.

Rasulullah saw. bersabda:
Maksudnya: “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.
Riwayat At-Tarmizi

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

Rasulullah s. a. w. bersabda:

Maksudnya: “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. Riwayat Muslim

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.
Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati
mereka.

Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:
Maksudnya: “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:
Maksudnya: “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa
Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut:-

Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.

Sabda Rasulullah s. a. w.:
Maksudnya: “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan
kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”. Riwayat At-Tabrani

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.

Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:
Maksudnya: “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”. Riwayat Bukhari & Muslim

Jahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:
“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:”Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”. Riwayat Ahmad & An-Nasaei

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:
Maksudnya: “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu”. Riwayat Bukhari & Muslim

Firman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.

Sabda Rasulullah s. a. w
Maksudnya: “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”. Riwayat Ibnu Majah

Aishah r. a. berkata: “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain
Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga
Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk: Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.

Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga. Satu proses tarbiah diri dan keluanga.
Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.

11. Halaqah Muhasabah
Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggung jawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

Oleh Puteri Nisa Abdullah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply